Sunday, December 25, 2011

Program seksualiti merdeka memudaratkan.


Sejak program Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan padu pihak pihak tertentu perilaku hubungan sejenis semakin serius dan aktif.
Biarpun mereka menyedari hubungan sejenis berpotensi dijangkiti HIV dan AIDS tetapi masih ramai lelaki Melayu yang degil serta terjebak dalam perbuatan terkutuk itu.
Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata, pada tahun 2010 jangkitan melalui hubungan seksual (hertero, homo atau biseksual) mencatatkan 48.7 peratus sedikit melepasi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu sebanyak 47.4 peratus.
Menurutnya, lelaki yang mengadakan hubungan sama jantina di negara ini adalah serius dan jumlah itu adalah tinggi seperti air bah serta ia melibatkan golongan bawahan.
“Saya rasa malu dengan lelaki Melayu kita ini. Kes ini boleh dijangkiti disebabkan tempat yang digunakan terbabit adalah bukan untuk hubungan seks dan seterusnya membolehkan kemasukan virus. Ada beberapa faktor keadaan ini boleh berlaku iaitu kurangnya penerangan kepada masyarakat berhubungan jangkitan yang berlaku dan ada juga tidak mengambil iktibar terhadap kesannya itu,” katanya
Mohd Zaman juga menyifatkan kumpulan tersebut sekarang semakin berani menonjolkan diri dan mempunyai jaringan kuat dengan pihak tertentu yang ditunjangi oleh pencinta Biseksual, Transeksualiti
Dalam satu kes yang didedahkan baru-baru ini terdapat seorang lelaki Melayu yang berkahwin dengan lelaki bukan Melayu di luar negara dengan memakai pakaian tradisional Melayu adalah satu perkara yang memalukan,” katanya.

No comments: