Wednesday, September 5, 2012

Rokok eletronik yang ada dipasaran merbahaya kepada kesihatan..


Rokok letronik bahaya 

Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok.Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.


Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya."Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya.

Sunday, September 2, 2012

Bohong


 Bohong untuk Nampak hebat.
Satu dalam lima orang didapati berbohong kepada rakan mereka mengenai perkara seperti pekerjaan dan kereta dalam usaha untuk menampakkan mereka lebih berjaya, kata satu kajian.


Penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 21 peratus mengakui berbohong ketika mereka bersama dengan rakan dari sekolah dan universiti, lapor Daily Mail. 

Golongan lelaki paling terdesak untuk menampakkan mereka lebih berjaya dengan sejumlah 55 peratus akan menokok tambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka peroleh.

Kajian terbabit juga mendapati bahawa sebanyak lapan peratus lelaki sering kali berpura-pura mendakwa mereka memandu kereta mahal.

Sementara itu, kira-kira 45 peratus wanita yang berbohong mendakwa bahawa mereka mempunyai kerja yang lebih glamour berbanding apa sebenarnya yang mereka buat.

Kebanyakan iaitu sebanyak 12 peratus juga berbohong untuk menampakkan mereka tinggal di kawasan yang lebih baik.

“Kita tinggal di satu masa di mana semua orang terdesak kepada sesiapa saja untuk menampakkan mereka sebaik yang mungkin,” kata pakar psikologi, Dr Linda Papadopulos.

“Penggunaan Facebook orang ramai menunjukkan kita semakin menyedari bahawa bagaimana kita boleh menggunakan maklumat tertentu untuk memanipulasikan pemikiran orang lain terhadap kita.

“Dan orang ramai tidak lihat mengapa mereka perlu untuk menyatakan kebenaran. Jadi kita maklumkan kepada mereka poskod yang kita mahu atau kereta yang kita ada atau kita inginkan untuk membuatkan orang lain terpegun.”

“Perjumpaan semula sekolah atau perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar. Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuaikan saya muncul semula. Rasa tidak selamat ketika zaman kanak-kanak bermain semula di kepala apabila mereka bertemu dan mereka sering kali menipu untuk membuatkan orang ramai terpegun,” katanya.

Ketika perhimpunan itu menceritakan pengalaman mereka ke luar negara juga adalah satu kegemaran di mana 26 peratus mendakwa mereka lebih banyak mengembara berbanding keadaan sebenar.

Satu dalam enam atau kira-kira 17 peratus mengakui bahawa mereka akan berbohong mengenai status hubungan, mungkin bertujuan untuk bertaut semula dengan rakan lama.

Dan satu dalam 17 lelaki atau enam peratus mengakui mereka menyertai perjumpaan semula rakan sekolah sekadar untuk bermegah mengenai pencapaian mereka.



Apa itu Gangnam



Apa itu Gangnam
As salam, hello readers...

Sejak lagu Korea yang berjudul Oppa Gangnam Style menjadi fenomena seluruh dunia, bermacam-macam spekulasi yang melibatkan lagu tersebut. Aku sikit tak paham, mengapa perkara tu terjadi. Nak kata taksub sangat "yahudi", boleh jugak lah. Ingat semua benda yang berlaku atas plan "orang Yahudi" ke?

Kalau tak tahu, jangan share sebarangan. Sebelum share kat mana-mana medium sosial, baik selidik then baru lah ko nak canang satu facebook, boleh?

For your information, dakwaan mengatakan "Gangnam bermaksud 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' sebarkan untuk Agama Islam" penyebar asal benda ni mungkin "saja main-main" tapi bukan pada sesetengah orang yang sensitif jika diusik dengan isu Agama, setuju?

Tak tahu buat cara tak tahu. Jangan memandai.

My friend said, Oppa Gangnam Style adalah lagu "sindiran" terhadap penduduk bandar Gangnam yang mana, Gang bermaksud "Sungai" dan Nam bermaksud "Selatan". Asalnya kawasan Gangnam ni bukan maju pun. Tapi keadaan berubah menjadikan tempat itu penduduk level high class.

Kalau kat Malaysia lebih kurang macam Kuala Lumpur la, kot?



Lihatlah peta diatas. Kawasan kuning itulah kawasan "Gangnam".